|
Dec 15
2009
|
Heh! saya terperasan yang tahun depan (2010), kita bole cuti panjang selama 16 hari hanya dengan mengambil cuti selama 7 hari sahaja. Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang mempunyai hari cuti sebanyak 12 hari ke bawah adalah tidak digalakkan. 15 hari tu, okey lah.
Macamana nak buat? Senang je. 13 Februari sudah di kira bercuti (untuk yang berkaitan sahaja), 14 dan 15Februari adalah hari Ahad dan Isnin, maka dengan erti kata lain, hari Selasa 16 Februari adalah hari cuti juga kerana Carry forward dari hari Ahad. Kemudian, minta cuti dari Rabub 17/2 hingga Jumaat 19/2 selama 3 hari untuk membolehkan bercuti lagi. 20/2 dan 21/2 adalah cuti hujung minggu, dan mohon cuti lagi dari 22/2 hingga 25/2 untuk bercuti. 26/2 adalah Maulidur Rasul. Kemudian 27/2 dan 28/2 adalah hujung minggu lagi! Yeay! Lamanya cuti! hahaha..
Selamat merancang percutian!
p/s: Awas, cuti hari Sabtu tidak teraplikasi untuk semua orang ye. Ada yang harus bekerja pada hari itu.
p/s/s: Cuti lama-lama pun, nak buat apa kan? Jadi, buatlah sesuatu yang bermanfaat untuk anda.













Good Day Everybody