Entri Terkini Pelaburan Amanah Saham dan Perlindungan Takaful

Previous Next
  • 1
  • 2
  • 3
Berita baik untuk semua pemegang unit di Public Mutual Bhd

Berita baik untuk semua pemegang unit di Public Mutual Bhd

Public Mutual pada tahun ini akan menyambut ulangtahunnya yang ke 35 tahun dan pada tahun ini, ada...
Kemaskini: KLCI Suku ke 3 2010

Kemaskini: KLCI Suku ke 3 2010

Buat pengetahuan anda, market sentiasa turun naik. Ia takkan selamanya jatuh dan selamanya naik.. It...
Kaedah buat duit dari Unit Amanah dan tingginya caj jualan

Kaedah buat duit dari Unit Amanah dan tingginya caj jualan

Saya baru sahaja selesai berdiskusi dengan seorang klien yang saya jemput makan malam di rumah....
lump sump investment atau regular investment? analisis saya

lump sump investment atau regular investment? analisis saya

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pembaca faizulamin.net. Entri kali ini saya tuliskan ...
Amanah Saham 1 Malaysia percuma utk student UTHM

Amanah Saham 1 Malaysia percuma utk student UTHM

Malam tadi, saya berbuka puasa di surau Kolej Kediaman Taman Melewar. (sepertimana misi ramadhan yg...

Bumiputera tak minat lagi saham amanah?

DALAM masa satu hari sahaja (21 Julai lalu), 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) habis...

Jenis-jenis dan kategori Unit Amanah

Saya tertarik untuk menulis mengenai jenis-jenis unit amanah yang terdapat di dalam pasaran Malaysia...
Kaedah penjualan balik pelaburan unit amanah

Kaedah penjualan balik pelaburan unit amanah

Lately ni, ada seorang gadis cantik yang juga pelabur unit amanah public mutual yang mana saya...

Akhir tahun 2009, klci mungkin cecah 1220 mata! wow!

Salaaam semuanya CIMB Research raises KLCI year-end target to 1,220 points By IZWAN IDRIS Funds be...
Public   Mutual Bhd adalah jenama terpercaya untuk 2009

Public Mutual Bhd adalah jenama terpercaya untuk 2009

Sekeping gambar boleh memberi beribu pernyataan. Lalu, dengan imej yang saya terk dari sumber akhbar...
Investment in the Nutshell

Investment in the Nutshell

“Information is the best defence against investment scams” “Don’t borrow to...
You are here: Home
Jul 03
2010

Berita baik untuk semua pemegang unit di Public Mutual Bhd

Posted by faizulamin in unit amanah , publicmutual

Public Mutual pada tahun ini akan menyambut ulangtahunnya yang ke 35 tahun dan pada tahun ini, ada satu kempen yang sangat-sangat menarik untuk semua pelabur-pelabur PMB ini.

Pelabur yang layak akan berpeluang untuk cabutan:

Cabutan 20,000 MGQP

  • 1 x Proton Exora 1.6
  • 10 x Televisyen LCD 42-inci Full HD
  • 10 x Dell Notebook
  • 20 x Global Positioning System (GPS)

Cabutan 200,000 MGQP

  • 5 x Kamera DSLR Canon

Cabutan 400,000 MGQP

  • 3 x Televisyen LCD 55-inci Full HD

Kesemua nilai MGQP adalah dikira pada 30 November 2010, dan cabutan akan dibuat pada 7 Januari 2011.
Oh, MGQP adalah Mutual Gold Qualifiying Point. Kepada pelabur-pelabur yang melabur lebih RM100,000 akan diiktiraf sebagai Mutual Gold. Banyak kelebihannya.

p/s: Untuk perunding unit amanah, juga ada kempen menarik untuk anda. Sila rujuk ke agensi atau pejabat cawangan anda untuk info lanjut.

Jun 29
2010

Kemaskini info anda tentang Palestin

Posted by faizulamin in myblog , info palestin

Bilakah kali terakhir anda mendapatkan infromasi terkini tentang perkembangan Palestin? Adakah 31 Mei 2010 lalu sempena dengan serangan maut komando Israel ke atas kapal-kapal misi bantuan? Ataupun, anda tak sempat membaca kerana anda memang bukan internet addicts macam saya? Atau anda punya masa yang terhad untuk membaca akhbar? Ataupun anda memang tak ambil peduli tentang Palestin?

Dan mungkin ada macam-macam faktor lain lagi.

Tak mengapa lah.

Sukacita saya ingin memaklumkan, saya kini sudah menjadi penterjemah sambilan di portal online palestinkini.info. Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab yang mampu saya lakukan, saya bersama beberapa sukarelawan lain telah bersetuju untuk menterjemahkan artikel-artikel Inggeris dan Arab dari pelbagai sumber kepada Bahasa Melayu. Ini khusus untuk membantu memberi pemahaman kepada Malaysia yang tidak bertutur/berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Portal ini mungkinlah tak berapa nak cantik, tapi saya percaya, banyak informasi-informasi boleh diperolehi daripadanya.

Seperkara lagi. Saya menyeru kepada pembaca-pembaca sekalian untuk memahami, isu di Palestin atau Gaza bukan sekadar isu Umat Islam semata-mata, tetapi ini adalah isu kemanusiaan sejagat. Tolong saya untuk bantu fahamkan semua rakan-rakan kita termasuk yang bukan Islam, bahawa saudara-saudara mereka yang Kristian dan (kalau ada lah di Malaysia ini) penganut Druze juga merupakan penduduk Palestin. Sementelah, kita semua manusia, maka hanya manusia sahaja yang boleh membela manusia.

Semoga dengan sedikit usaha anda, manfaat sejagat akan kita kecapi.

Jun 24
2010

26 Jun 2010 - Gerhana Bulan Separa di Malaysia

Posted by faizulamin in saintifik , isu setempat , gerhana

Foto kredit: aziz

Pada 26 Jun 2010 nanti, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.

Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.

Circumstances of the Eclipse

  • Moon enters penumbra: 2010 Jun 26  16:55:22 (4.55 PM)
  • Moon enters umbra: 2010 Jun 26  18:16:20 (6.16 PM)
  • Maximum eclipse: 2010 Jun 26  19:38:16 (7.38 PM)
  • Moon leaves umbra: 2010 Jun 26  21:00:04 (9.00 PM)
  • Moon leaves penumbra: 2010 Jun 26  22:21:11 (10.21 PM)

Siap sedia kamera DSLR anda. Fenomena gerhana merupakan satu kejadian langit yang amat mudah untuk dirakam. Poskan foto anda ke forum Falak Online, manalah tahu jika ia cukup menarik, saya akan paparkannya di muka hadapan Falak Online.

Apa lagi, jom teropong!

Nota tambahan:

  1. Kiraan dibuat oleh perisian Skymap Pro dari lokasi Kuala Lumpur.
  2. Gerhana bulan seterusnya yang boleh dilihat di Malaysia ialah 15 Jun 2011, gerhana bulan penuh.

sumber dari falak online dan artikel asal di sini.

Jun 15
2010

Mercedes C200 untuk dijual

Posted by faizulamin in untuk dijual , kereta

Di sini, ada satu iklan dan hebahan.

Saya sedang mencari pembeli untuk Mercedes C200 plet JGT x98x. Jika ada sesiapa di kalangan anda yang berhasrat untuk membeli kereta ini, sila hubungi saya dengan kadar segera. Harga tawaran adalah RM115,000 (nego). Pembelian boleh melalui tunai atau pinjaman yang diuruskan sendiri oleh pembeli dengan bank.

This Mercedes C200 in immaculate condition. See to believe. Lokasi sekarang di Kuala Terengganu.

Jun 13
2010

Kelahiran anak sulung saya! :)

Posted by faizulamin in kelahiran , anak-anak

Duhai anakku. Welcome to the world!

Semoga kehadiran dirimu, menambah kukuh ikatan daddy dan mommy, menjadi anak yg solehah, pemimpin yang berwibawa dan menjadi pewaris dakwah islamiah.

Daddy, mommy, tokbah, to'ki, tokmah, nenek dan seluruh sanak-saudaramu gembira dgn kehadiranmu. Anakku Mireya An-Nuha.

the scenario; (rentetan)


6.22am 11th june 2010 @ JMB3292.

nurse call bgtau shida nk masuk labor room. 6.32am, aku tiba di spital. skang tgh tunggu sbb blom bole masuk lg, doktor blom panggil.
baby, we're waiting for you dear.. ;-)

7.45am 11th june 2010 @ LR5 HSNZKT.
Doktor taruk 'dia' atas perut shida.
"Assalamualaikum girl, welcome to the world"
ku kucup pipi, then nurse soh azan. katanya, azankan kt situ jek.
"subhanallah walhamdulillah wala ilaha illAllah wAllahuakbar, wala hawlawala quwata illa bIllahi 'aliyil azim. (azan)"
...
7.50am, aku keluar dewan.

sekian, melaporkn dr surau spital. 8.10am.
alhamdulillah.
Jun 11
2010

Jangan sampai anda tertinggal untuk melabur, okey?

Posted by faizulamin in unit amanah , perancangan kewangan , pelaburan , KWSP

Saya kini berada di rumah. Isteri saya sudah bersalin pagi tadi tetapi anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak sebab penyakit kuning. Tak mengapalah, inshaAllah, semuanya selamat.

Sambil-sambil tu, saya pun seperti biasa akan membaca artikel-artikel akhbar dan ada satu artikel yang menarik perhatian saya hari ini.

Akhbar The Star Online hari ini menceritakan tentang ramainya rakyat Malaysia yang mengeluarkan wang simpanan di KWSP untuk melabur di saham-saham amanah yang banyak ditawarkan di Malaysia. Atas beberapa sebab-sebab tertentu, saya percaya mereka ini prihatin dengan keperluan masa hadapan dan ternyata, sedikit simpanan tambahan di dalam Unit Amanah pasti mampu membantu mengekalkan gaya hidup mereka di masa hadapan.

Seperti biasa, ini tag keratan akhbar sebagai menggantikan kemalasan saya untuk menulis.


Artikel asal di The Star Online.
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Joomla SEF URLs by Artio

Komen Terkini Entri

Kemaskini Twitter

Google Friend Connect

Hubungi Saya

Alamat      : Taman Universiti Parit Raja, Batu Pahat, Johor. MY.
Telefon     : +6017.797.6731
E-mel        : hello [at] faizulamin.net
Weblog     : http://faizulamin.net
Facebook : http://www.facebook.com/faizulamin

Saya Berafiliasi Dengan...

Ruang Sembang-Sembang

ShoutMix chat widget
Symbol
Jurnal